JENIS-JENIS WAU
WAU BULAN
Menurut lagenda Wau Bulan dikatakan telah bermula pada zaman kerajaan srivijaya , ia mula digunakan oleh seorang putera bernama Dewa Muda. Corak bunga dan daun pada wau Dewa Muda dikatakan merupakan peta daerah yang telah dikuasainya
Bentuk wau bulan ini menyerupai bulan sabit pada bahagian hadapan dan separa bulatan pada bahagian ekornya.malah, wau bulan ini kelihatan seperti bulan yang terbit di angkasa apabila diterbangkan. Dari segi saiznya pula, wau bulan dibentuk dengan saiz yang lebih besar berbanding wau lain. Bidang biasa yang digunakan adalah sepanjang 2.5 meter dengan tinggi 3.5 meter. Ini untuk memastikan corak yang terdapat pada wau tersebut kelihatan jelas dan menyerlah. Bagi menyerlahkan daya tarikan jenis wau ini, pemilihan warna yang terang dan corak yang lebih besar menjadi pilihan.
Bentuk wau bulan ini menjadi lambang syarikat kepada syarikat penerbangan(MAS). Walau bagaimanapun, sesetengah pihak mendakwa logo ini sebenarnya diilhamkan oleh wau kucing, bukan wau bulan. Wau bulan mterupakan wau yang paling popular jika dibandingkan dengan wau lain. Wau ini mempunyai bentuk seperti bulan sabit di bahagian hadapan dan separa bulatan di bahagian ekor. Oleh itu way tersebut seolah-olah kelihatan seperti bulan yang terbit di angkasa apabila diterbangkan.

WAU DAUN
Wau daun atau juga dikenali sebagai wau barat merupakan sejenis jenis layang-layang yang popular. Wau daun merupakan wau tradisional yang telah dimainkan secara turun-temurun di Malaysia. Wau daun ini menyerupai bentuk wau bulan tetapi lebih lebar dan ringan. Wau daun turut memiliki corak-corak yang menarik, tetapi corak-corak tersebut adalah dilukis dan tidak menggunakan teknik sobek iaitu potong dan tampal, sebagaimana wau-wau yang lain.
Wau daun ini satu-satunya wau tradisional yang tidak memiliki pedengung. Disebabkan corak-corak tersebut hanya dilukis pada badan wau, dan bukannya ditampal, ia mampu terbang tinggi walaupun semasa pada waktu angin bertiup dengan perlahan, contohnya ketika pada waktu pagi. Oleh itu, ia juga dikenali sebagai wau pagi. Selain itu, lukisan pada badan wau sering kali menggunakan teknik batik malah ia sering kali dilukis oleh pelukis batik, dan bukannya pembuat wau.
Selain itu, bentuk dan rupa wau daun adalah lebih dinamik dan cepat berubah, sering kali ia memaparkan reka bentuk asli dan unik yang mulai diterima pakai dalam pertandingan-pertandingan. Antara puncanya adalah corak-corak tersebut dilukis oleh ahli seni dalam bidang lain dandisebabkan ianya dilukis akan lebih mudah lagi mencipta corak-corak baru berbanding teknik sobek potong dan tampal.

WAU MERAK
Wau Merak merupakan sejenis layang-layang yang popular dikalangan keturunan Bugis di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Layang-Layang Kipas dan dipercayai berasal dari Sulawesi, Indonesia. Ia memiliki reka bentuk yang bercirikan burung Merak dan tidak terikat kepada saiz yang tertentu. Wau merak biasanya mempunyai ekor yang panjang yang membezakannya dengan wau helang.
Pada kebiasaannya, wau Merak akan dipasang dengan degung atau busur pada bahagian atasnya. Ini bertujuan bagi menghasilkan bunyi berdengung yang terhasil apabila angin melalui tali busur yang direntang. Ketika diterbangkan ke udara, busur wau Merak dikatakan akan mengeluarkan bunyi yang nyaring seperti Merak.
Keistimewaan Wau Merak ialah pada busurnya yang boleh memainkan tujuh jenis irama atau bunyi bunyian. Pada asalnya, ia dimainkan pada waktu malam kerana ia dapat menghasilkan bunyi yang baik. Jenis hiasan yang menjadi pilihan untuk menghiasi dada Wau Merak pula adalah motif tumbuhan menjalar iaitu lada hitam dan gambir.

WAU JALA BUDI
Wau Jala Budi merupakan sejenis layang-layang yang popular di negeri Kedah. Wau jala budi merupakan wau tradisional yang telah dimainkan secara turun-temurun di Malaysia. Wau Jala Budi dikatakan mendapat nama daripada bentuknya yang menyerupai daun budi manakala perkataan jala pula wujud dari kerangka ekor Wau Jala Budi.
Pada kebiasaannya, wau jala budi akan dipasang dengan degung atau busur pada bahagian atasnya. Ini bertujuan bagi menghasilkan bunyi berdengung yang terhasil apabila angin melalui tali busur yang direntang. Ketika diterbangkan ke udara, Wau Jala Budi dikatakan akan mengeluarkan bunyi berdengung yang agak sederhana garau yang terbit dari busur yang terdapat di bahagian kepala. Wau Jala Budi ini juga dikatakan memiliki persamaan dengan layang-layang Chula yang berasal dari negara Thailand.

WAU KUCING
Wau Kucing merupakan sejenis layang-layang yang popular. Ia merupakan wau tradisional yang telah dimainkan secara turun-temurun di Malaysia. Wau Kucing dikatakan mendapat nama daripada bentuknya yang menyerupai seekor kucing yang sedang duduk dari sudut belakang, bermula dari bahagian kepala, badan dan seterusnya ekor kucing. Pada kebiasaannya, wau Kucing akan dipasang dengan degung atau busur pada bahagian atasnya.
Pemasangannya bertujuan bagi menghasilkan bunyi berdengung yang terhasil apabila angin melalui tali busur yang direntang. Ketika diterbangkan ke udara, busur wau Kucing dikatakan akan mengeluarkan bunyi yang nyaring seperti kucing. Ia dipercayai berfungsi untuk menakutkan roh jahat dan meramalkan keadaan cuaca pada keesokan harinya. Motif ukiran sobek yang digunakan pada wau ini ialah motif bunga dan tumbuh-tumbuhan dan cara hiasannya adalah sama seperti wau bulan.

WAU DODO HELANG
Wau Dodo Helang merupakan sejenis jenis layang-layang yang popular di Terengganu, Ia tergolong dalam kategori wau burung. Wau dodo helang ini mempunyai rupa yang sama dengan wau helang kecuali hiasan pada dada layang-layangnya yang berbeza. Kebiasaannya, wau dodo helang ini akan dipasang dengan degung atau busur pada bahagian atasnya. Ini bertujuan bagi menghasilkan bunyi berdengung yang terhasil apabila angin melalui tali busur yang direntang. Jenis hiasan yang menjadi pilihan untuk menghiasi dada wau dodo helang adalah motif bunga dan kelarai yang menggunakan teknik sobek.